Tempatan

Syarikat dari Korea, Jepun akan bina kilang hidrogen di Bintulu, buka peluang kerja untuk rakyat

KUCHING: Syarikat dari Korea dan Jepun akan membina kilang hidrogen di Bintulu, beritahu Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Beliau berkata, ia akan mula dibina pada tahun depan dan dijangka siap menjelang 2027. 

“Salah satu syarat yang diletak oleh Sarawak ialah syarikat tersebut mesti melatih 1,000 pekerja Sarawak sebelum membuka kilang penghasilan hidrogen,” katanya seperti dilaporkan UKAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1445H/2023M di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini pada Ahad. 

Dr Hazland menambah, dengan syarat dari Sarawak itu, ia akan membuka peluang kepada warga Sarawak untuk terlibat dalam pengoperasian kilang itu nanti yang menjurus kepada bidang teknologi dan teknikal.

“Sebuah kilang boleh menghasilkan 100,000 tan hidrogen setahun dan ia memerlukan 1,000 pekerja. 

“Ini merupakan peluang pekerjaan baharu untuk anak-anak kita dalam bidang teknologi,” ujar beliau.

Foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *