Dunia

Syarikat Korea berminat terokai pelaburan di Sarawak

SEOUL, KOREA: Syarikat Posco Holdings Cho Ju Ik berminat untuk melabur dalam sektor tenaga baharu di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, syarikat tersebut kini sedang menerokai pelaburan dalam sektor tenaga baharu itu.

“Mereka sedang menerokai sektor tenaga baharu termasuk hidrogen serta penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) yang juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Awang Tengah mengalu-alukan minat Posco Holdings dan berharap syarikat tersebut akan meneliti pelaburan projek-projek di Sarawak dengan lebih mendalam.

Terdahulu, beliau telah melakukan kunjungan hormat terhadap Naib Presiden Eksekutif Unit Hidrogen Posco Holdings Cho Ju Ik di Seoul pada Selasa.

Kunjungan itu adalah bagi mengeratkan hubungan persahabatan dengan Posco Holdings yang pernah terlibat dalam beberapa projek di Malaysia.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *