Thursday, March 30, 2023
Nasional Tabung Haji masih tunggu keputusan rasmi Arab Saudi

Tabung Haji masih tunggu keputusan rasmi Arab Saudi

7
KUALA LUMPUR 27 OKTOBER 2017. Ahli Parlimen PAS, Bukit Gantang, Idris Ahmad, ketika sidang media selepas pembentangan Bajet 2018 di bangunan Parlimen. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Status ibadah haji termasuk kos, bantuan kewangan, kuota dan syarat bagi jemaah tanah air tahun ini masih belum diputuskan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) susulan masih menunggu keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata Arab Saudi belum mengadakan perbincangan dengan semua negara yang menghantar jemaah haji.

“Menteri Haji Arab Saudi belum lagi panggil semua negara untuk berbincang. Kita akan maklumkan setelah mendapat keputusan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis serahan Program Mobiliti TH di Menara Tabung Haji, pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Sebelum ini, Malaysia tidak menghantar rombongan jemaah haji sejak 2020 dan tahun lalu susulan Arab Saudi mengkhususkan pelaksanaan ibadah itu bagi rakyatnya serta golongan ekspatriat ydi negara berkenaan susulan pandemik COVID-19 yang belum reda.

Selain itu, mengikut laman web TH, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia sebelum ini ialah 31,600.

Sementara itu, Idris berkata agihan keuntungan Tabung Haji akan diumumkan pada Mac depan dan agihan itu akan diberikan seperti biasa selepas ditolak zakat.

“Insya-Allah setelah selesai kita akan umumkan dalam bulan Mac selalunya. Kita masih akan meneliti dari segi perakaunan dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, Idris turut menjelaskan bahawa TH masih akan mengekalkan sistem penggiliran dengan mengutamakan jemaah haji tahun 2020 dan 2021 terlebih dahalu.

Jelasnya, pihaknya masih sedang memperhalusi soal itu dan akan mengumumkannya bagi merujuk kepada konteks dari segi prosedur operasi standard (SOP) yang akan diberikan kepada TH oleh kerajaan Arab Saudi. -ASTRO AWANI

Previous articleMalaysia duduki tempat ke-3 ketagihan telefon bimbit pintar di dunia
Next articleBedung bayi diiktiraf sains, jangan abai amalan tradisi ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here