Nasional Tahniah kemenangan BN, terima kasih kepada pengundi – PM

Tahniah kemenangan BN, terima kasih kepada pengundi – PM

4

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor,” kata Naib Presiden UMNO itu dalam hantaran laman Facebook beliau malam tadi.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada plihan raya negeri itu.

“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!,” kata beliau dalam hantaran itu.

BN memperoleh majoriti mudah menerusi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor untuk membentuk kerajaan negeri, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 10.21 malam tadi.

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor kali ini.

DUN Johor dibubarkan pada 22 Januari lepas manakala penamaan calon diadakan pada 26 Februari lepas.-BERNAMA

Previous articlePeralihan monsun 14 Mac hingga Mei depan boleh sebabkan bencana alam
Next articlePRN15 Johor: 85 calon hilang deposit
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here