Menarik

Takut kena hujan, lelaki Britain gali terowong bawah tanah

LONDON: Seorang lelaki Britain menghabiskan masa dua tahun menggali terowong bawah tanah sedalam tiga meter dan panjang 12 meter di halaman rumahnya supaya dia tidak basah untuk berjalan ke bangsal ketika hujan, lapor akhbar Mirror UK.

Projek pelik yang direka menghubungkan rumah ke bangsal itu adalah hasil idea seorang pesohor media sosial YouTube, Colin Furze.

Dia mengusahakan projek itu dengan mengalihkan tiga setengah tan tanah pada setiap hari. 

Lelaki berusia 42 tahun itu berjaya menyambung terowong itu ke rumahnya yang terletak di daerah Lincolnshire dan menganggap ia salah satu projek paling menyeronokkan pernah dilakukannya. 

“Ia merupakan salah satu projek yang paling banyak diperkatakan di saluran YouTube saya. Ia projek yang sangat hebat, semua orang sukakan idea menggali terowong ini.

“Saya melakukan projek yang orang benar-benar mahu lakukan tetapi mereka tidak mempunyai masa atau wang untuk melakukannya,’’ kata Furze.

Furze memulakan penggalian pada November 2018 dan mengambil masa kira-kira setahun untuk menggali sedalam tiga setengah meter menggunakan penyodok dan baldi. Pada Mac tahun lalu, dia memulakan semula penggalian menggunakan mesin hidraulik. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *