KUCHING: Kumpulan Latrobe Magnesium daripada Australia akan membina loji magnesium pelepasan karbon rendah di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan berkenaan, David Peterson berkata, beliau kagum dengan kelebihan Sarawak dalam menghasilkan sesuatu dengan kos yang lebih rendah daripada yang lain termasuk kuasa hidro hijau dan infrastruktur yang baik untuk projek mereka.
“Projek yang dicadangkan itu bernilai RM3 bilion dan akan menghasilkan 100,000 tan magnesium setahun,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini pada Rabu.
Sementara itu, Awang Tengah berkata, projek berkenaan adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar.
Justeru katanya, Kerajaan Sarawak akan memudahkan pelaburan mereka untuk manfaat bersama.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/