Tempatan

Tanah gambut mampu bangunkan sektor pertanian

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak komited membangunkan penyelidikan secara saintifik dan berkemampuan tanah gambut bagi tujuan pertanian dan menangani isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, hasil penyelidikan tanah gambut di Sarawak ini penting bukan sahaja untuk alam semulajadi malah ianya dilihat mampu untuk membangunkan sektor pertanian.

“Seboleh-bolehnya hasil daripada penyelidikan ini harus dikongsikan dengan dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan dan orang ramai mengenai pentingnya kesedaran penjagaan tanah gambut.

“Penyelidikan seperti ini mampu membantu golongan B40 yang kebanyakannya dari para petani di luar bandar, meningkatkan hasil pertanian dan sekaligus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penyelidikan Tanah Gambut Sarawak (TROPI) Khamis.

Antara objektif spesifik penyelidikan di institut ini adalah membangunkan teknologi kawalan penyakit dan makhluk serangga perosak, meningkatkan produktiviti tanah bagi tujuan pertanian seperti kelapa sawit, nanas dan sebagainya.

Pada kunjungan hormat itu, beliau turut mendengar taklimat yang disampaikan Pengarah TROPI Dr Lulie Melling.

Turut hadir Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (Pembangunan Wilayah) Maclaine Ben @ Martin Ben, Setiausaha Tetap MANRED Datu Edwin Abit, Penolong Setiausaha MANRED Dr Gluma Saban dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Petrus Igat Mathias. -SN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *