BETONG: Inisiatif Kerajaan Sarawak dalam perdagangan karbon Sarawak akan turut melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kawasan tanah NCR dapat digunakan sebagai tambahan kepada liputan hutan di negeri ini.
“Pemilik tanah akan dibayar dan kini kita masih meneliti perkara ini,” katanya dalam sesi perjumpaan bersama pemilik tanah NCR dari Kubal Ili, Kubal Tengah dan Kubal Ulu di Rumah Mendit Unsu, Penom di sini pada Ahad.
Douglas Uggah turut menasihatkan semua pemilik tanah di Kubal Ili, Kubal Tengah dan Kubal Ulu di Rumah Mendit Unsu, Penom untuk hadir semasa kerja-kerja pengukuran tanah mereka dilakukan bagi mengenal pasti sempadan dan sebagainya.
Beliau berharap kerja-kerja pengukuran itu mendapat kerjasama daripada semua pihak agar dapat dijalankan dengan lancar.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/