Tempatan Tarikh PRU15 terus jadi persoalan, ada negeri sudah buat persiapan

Tarikh PRU15 terus jadi persoalan, ada negeri sudah buat persiapan

13

KUCHING: Teka teki Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat terus kencang bermain dalam kalangan masyarakat.

Ia selepas beberapa negeri dilihat mula bergerak membuat persiapan dari segi jentera pilihan rayanya.

Menurut sumber, ketika ini Negeri Pahang sedang mengadakan taklimat Petugas-Petugas Pilihan Raya Negeri Pahang termasuk petugas undi pos.

Taklimat tersebut diadakan dari 24 hingga 27 Mei 2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis dan Dewan Residen Kuala Lipis.

Kategori petugas yang terlibat dalam taklimat tersebut ialah Penyelia Pusat Mengundi (PPM), Ketua Tempat Mengundi (KTM), Kerani Pengundian (KP), Kerani Mengira Undi (KMU), Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) dan Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

Apa yang pasti, selepas ini negeri-negeri lain akan mengikut jejak langkah Pahang membuat persiapan awal kerana tidak mahu kelam-kabut jika tarikh PRU15 diumumkan dalam masa terdekat.

Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh PRU15 akan ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

“Parti adalah berbeza dengan kerajaan. Parti pun tahu kalau ada cadangan, saya bawa ke Kabinet dan Kabinet luluskan.

“Jika Kabinet memutuskan tarikh, Kabinet akan memberi mandat kepada saya dan saya akan berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari segi prosedur,” katanya dipetik berkata dalam laporan Bernama.

Di peringkat Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah melaungkan kesediaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadapi PRU15.

Bukan itu sahaja, GPS tegasnya juga tetap dengan pendirian untuk kekal bertanding di semua 31 kerusi Parlimen pada PRU15 dan tidak akan memberikan laluan kepada mana-mana parti dari Semenanjung. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKKM tidak ada terima notifikasi kes kanak-kanak dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet
Next articleSejak 2015 hingga Mei 2022, 36 kes mangsa serangan buaya di Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here