Tempatan

TASKA SeDidik di bangunan MASJA mula beroperasi tahun depan

KUCHING: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) SeDidik yang akan diwujudkan di bangunan MASJA dijangka mula beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu, TASKA yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan asuhan kanak-kanak kakitangan MASJA 2 berumur 4 tahun ke bawah itu menelan kos keseluruhan RM699,000.

“Kami yakin dengan tertubuhnya TASKA di Tempat Kerja SeDidik MASJA ini dapat memenuhi permintaan serta keperluan ibu bapa untuk menikmati perkhidmatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti.

“Ia juga sekaligus menjadi sebagai kemudahan bagi menjamin kebajikan kakitangan awam yang berkhidmat di Bangunan MASJA dan kawasan sekitar terpelihara,” katanya.

Fatimah berkata demikian semasa melawat tapak pembinaan TASKA tersebut di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu lagi, setakat ini terdapat 17 buah TASKA Tempat Kerja telah didaftarkan di negeri ini yang mana sembilan TASKA Tempat Kerja di bawah SeDidik.

Foto: FB Fatimah Abdullah

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *