Nasional

Taufan Daniel: Malaysia zahir rasa simpati, takziah kepada mangsa

PUTRAJAYA: Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel yang melanda wilayah Timur Libya pada hari Ahad lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia pada Khamis, kejadian ini telah menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar yang telah mengorbankan lebih daripada 8,000 nyawa manakala 10,000 lain masih hilang.

Katanya, angka korban banjir ini dijangka akan terus meningkat mengambil kira usaha-usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia juga mendedahkan, setakat 14 September 2023, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda wilayah timur Libya itu.

Menurutnya lagi, dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa EI Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat.

Dalam pada itu, kenyataan sama turut memberitahu, berikutan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, rakyat Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat yang berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat.

Mereka boleh ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah pada alamat Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street Abbasiyah, Cairo Republik Arab Mesir atau boleh menghubungi Pegawai Bertugas di talian (+2) 012 0027 6388 atau hubungi +202 4858677 dan +202 4829449 atau menghantar e-mel: mwcairo@kIn.gov.my.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *