Tempatan

TBS lancar kiosk, permudahkan orang ramai bayar zakat

KUCHING: Tabung Bailtulmal Sarawak (TBS) telah memperkenalkan kiosk yang mempermudahkan umat Islam di Bandaraya Kuching untuk membayar zakat. 

Menurut Pengurus Besarnya Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie, kiosk ini boleh menerima kaedah pembayaran seperti wang tunai, kad debit, kad kredit dan e-dompet.

Kuching menjadi lokasi pertama dan ia akan diperluaskan ke beberapa Bahagian lain di Sarawak bagi memudahkan umat Islam membayar zakat. 

“Selain membayar zakat, kiosk ini juga boleh juga berfungsi  dalam membuat pembayaran bil dan utiliti yang lain.

“Ini merupakan kiosk pertama di Kuching dan seterusnya juga akan diperkenalkan di Sibu,” katanya selepas Perasmian Kiosk Pembayaran Zakat di Majma Mall di sini, pada Jumaat. 

Penyediaan kiosk ini merupakan alternatif kepada umat Islam menunaikan zakat selain membuat pembayaran zakat di kaunter pejabat TBS atau secara dalam talian seperti aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak, Portal Baitulmal Kamek, SPay Global dan semua saluran perbankan secara dalam talian di pelbagai bank. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *