Tempatan TEGAS Sarawak Alu-alukan kerjasama dengan Yayasan MyProdigy Malaysia

TEGAS Sarawak Alu-alukan kerjasama dengan Yayasan MyProdigy Malaysia

29

KUCHING: Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Datu Len Talif Salleh mengalu-alukan kerjasama dengan Yayasan MyProdigy Malaysia. 

Menurutnya, menerusi kerjasama serta inisiatif-inisiatif ini akan dapat memberimanfaat kepada anak-anak muda di Sarawak. 

“Saya selaku Pengerusi TEGAS mengalu-alukan kerjasama serta inisiatif-inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada anak muda di negeri ini,” katanya dalam status yang dimuatnaik di Facebooknya sebagai mengulas lawatan Pengerusi Yayasan MyProdigy Malaysia Senator Jaziri Alkaf Suffian ke TEGAS Digital Village (TDV) baru-baru ini. 

Lawatan kerja rasmi bagi mendapat maklumat dan kerjasama yang dapat dibuat pada masa akan datang dalam memperkasakan golongan belia di Sarawak.  

Rombongan telah diberikan taklimat oleh Pengurus Besar TDV Manzoor Hayat Khan tentang perkembangan dan kemudahan yang tersedia di TDV. -SN 

Next articlePembukaan semula sempadan negara perlu dilaksana secara terancang
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here