Dunia Tendang & tampar kucing, pertahanan West Ham diarqh buat kerja amal

Tendang & tampar kucing, pertahanan West Ham diarqh buat kerja amal

9

LONDON: Kur Zouma diarahkan untuk melakukan kerja amal selama 180 jam selepas didapati bersalah kerana menendang dan menampar kucingnya.

Pertahanan West Ham itu turut dilarang untuk memelihara kucing selama lima tahun.

Dia dilihat menendang dan menampar kucingnya dalam satu video yang tersebar luas di laman-laman sosial pada awal Februari lalu sehingga mendapat perhatian Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSCPA) United Kingdom.

Pemain kebangsaan Perancis itu dijatuhkan hukuman berkenaan semalam selepas menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Majistret Thames minggu lalu didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan tindakan tidak sepatutnya yang mengundang kesengsaraan terhadap haiwan peliharaan.

Dua kucing milik Zouma itu telah diambil dan diletakkan di bawah jagaan RSCPA sejak Mac lalu dan pengurus West Ham, David Moyes, turut mengkritik tindakan “kejam” berkenaan selain kelab itu juga telah mengenakan denda maksimum terhadap pertahanan itu, yang dilaporkan bernilai £250,000 (RM1.3 juta).-ASTRO ARENA

Previous articleKes bunuh diri meningkat di Jambatan Pulau Pinang, polis tubuh Unit Tindakan Khas
Next articleKeputusan juri telah memulihkan semula kehidupan saya – Johnny Deep
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here