Nasional Terima kasih Doktor, kalian hero Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri

Terima kasih Doktor, kalian hero Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri

7

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Bersempena Hari Doktor Sedunia yang disambut hari ini, beliau berkata jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam soal merawat bahkan meliputi soal menyelamatkan nyawa.

“Apatah lagi sumbangan mereka yang cukup berharga ketika dunia dilanda COVID-19, para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada. Kalian adalah hero Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa kami semua,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Hari Doktor Sedunia disambut pada 30 Mac setiap tahun.-BERNAMA

Previous articleJim Carey akan saman Will Smith jika berada di tempat Chris Rock
Next articleKerajaan Brunei Lanjut Penangguhan Sementara Aktiviti Rentas Sempadan 1 Hingga 15 April Ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here