Dunia Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China

Thailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China

2
FILE PHOTO: A man rides a horse at Cha-Am Beach, amid the coranavirus disease (COVID-19) outbreak, in Phetchaburi province, Thailand, December 25, 2021. REUTERS/Athit Perawongmetha/File Photo

BANGKOK: Thailand akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Malaysia dan China berhubung gelembung perjalanan akhir bulan ini sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pemulihan yang stabil dalam sektor pelancongan.

Thailand menerima kedatangan hampir 40 juta pelancong asing pada 2019, lebih suku daripadanya dari China.

Bagaimanapun jumlah kemasukan pelancong menurun kepada kira-kira 0.5 peratus daripada rekod tertinggi itu tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan permintaan rendah serta syarat kemasukan dan kuarantin yang ketat.

Lokasi tumpuan percutian Asia Tenggara mengalami kerugian berbilion dolar akibat kekurangan pelancong dari tanah besar China, berikutan negara itu belum mewujudkan sebarang gelembung perjalanan dengan mana-mana negara.

Jurucakap kerajaan Thailand, Thanakorn Wangboonkongchana, berkata perjanjian antara negara itu akan menentukan bilangan individu yang dibenarkan melalui gelembung perjalanan serta protokol untuk visa, perjalanan dan insurans.

Langkah itu diambil seminggu selepas Thailand mengembalikan semula skim perjalanan ‘Test & Go’ bagi pelancong lengkap vaksinasi serta mempunyai insurans kesihatan yang tidak diwajibkan kuarantin sekiranya didapati negatif COVID-19.

Thailand berhadapan peningkatan kes baharu apabila mencecah 10,000 kes pada Sabtu, paling tinggi dalam tempoh tiga bulan. – REUTERS

Previous articleThailand lancar restoran nasi dan kari bersubsidi bantu rakyat
Next articleTeknologi genetik boleh kesan kanser payudara
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here