Menarik Thailand lancar restoran nasi dan kari bersubsidi bantu rakyat

Thailand lancar restoran nasi dan kari bersubsidi bantu rakyat

5

BANGKOK: Seorang menteri dan bekas Ahli Parlimen melancarkan restoran menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) semalam, dalam usaha meringankan bebas kos sara hidup rakyat.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sreeon serta bekas Ahli Parlimen Bangkok, Chanin Rungsang, memulakan program itu dalam kalangan masyarakat di Suan Prok di daerah Bang Phlat, Bangkok.

Kedai makanan seumpamanya akan dimulakan dalam kalangan masyarakat di serata ibu negara, dengan bantuan Yayasan Ruam Duay Chuai Kan Sam Nuek Rak Ban Kerd, Kementerian Perdagangan dan jaringan sektor swasta.

Kata Chanin, nasi dengan kuah kari adalah makanan penting bagi penduduk bandar dan harga yang ditetapkan mencerminkan keadaan ekonomi semasa negara.

Previous articleIndonesia larang ketibaan pelancong asing di lapangan terbang Jakarta
Next articleThailand bincang gelembung perjalanan dengan Malaysia, China
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here