Nasional Tiada lagi pengumuman kes harian bermula hari ini: Khairy

Tiada lagi pengumuman kes harian bermula hari ini: Khairy

22

PUTRAJAYA: Bermula hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19 pada hari berikutnya jam 10 pagi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata langkah tersebut bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh.

“Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari.

“Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya.

“Ini untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Jelas Khairy, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi COVID-19.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohd Sani. – Sumber Astro Awani

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleAnak kelahiran Sarawak Alvin Wee cipta sejarah tembusi Hollywood
Next articleKKM minta semua wanita dan ibu hamil dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here