KUCHING: Mahkamah Tinggi menyatakan golongan memerlukan yang berdaftar di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak menerima bantuan makanan ketika pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dr Saadiah Abdul Samat berkata, seramai 380,568 penerima bantuan atau isi rumah telah menerima bantuan makanan tersebut.
Katanya semasa menjadi saksi pertama ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian terhadap Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mengenai pengagihan bantuan makanan kepada empat kawasan DUN di bawah jagaan parti pembangkang pada tahun 2020.
Perbicaraan memasuki hari kedua pada Rabu, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Dr Alwi Abdul Wahab.
Dr Saadiah ketika disoal peguambela Shankar Ram mengenai pihak yang tercicir menerima bantuan, belliau menegaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) di 12 bahagian mengagihkan bantuan makanan kepada 82 DUN di seluruh Sarawak.
“Tiada aduan daripada orang ramai yang menunjukkan mereka tidak menerima bantuan makanan ketika krisis seperti yang dinyatakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak dan pasukannya.
“Saya yakin jika ada diskriminasi dan manipulasi bahawa mereka tidak menerima bantuan makanan, kita pasti tahu isu terbabit terutamanya mereka yang menggunakan media sosial untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan Sarawak atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Sekiranya benar-benar berlaku salah urus atau salah pengendalian penggunaan dana (bantuan makanan), orang ramai akan keluar untuk mengemukakan laporan kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegasnya.
Terdahulu, pada tahun 2020, Pengerusi Parti rakyat bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian telah menfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Dap Chong Chieng Jen yang mendakwa dirinya gagal menguruskan bantuan makanan khasnya empat kawasan Dun terbabit bernilai RM800,000.
Selain Shankar Ram, pihak plaintif diwakili peguam Datuk Bong Ah Loi, Russell Lim dan Yu Ying Ying.
Manakala, pihak defendan turut diwakili peguam Chong Siew Chiang dan Sim Kiat Leng.