Tempatan

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi adakan Sesi Randau di Politeknik Kuching Sarawak

KUCHING: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohammad Yusof Apdal telah mengadakan Sesi Randau ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada Isnin untuk meninjau keadaan semasa institusi tersebut sambil mendengar sendiri isu dan cabaran yang dihadapi mereka.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi, sesi randau itu merupakan medium sebagai sesi suai kenal bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dengan warga PKS dalam kerangka usaha untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

Sesi randau itu dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah PKS, Samsudin Mohd Saleh berkaitan hala tuju dan transformasi PKS.

Seterusnya Mohammad Yusof melawat ke reruai pameran di Dataran Jubli Perak yang mempamerkan pencapaian dan projek inovasi pelajar serta pensyarah di PKS.

Beliau juga meninjau kemudahan dan fasiliti PKS yang disediakan kepada pelajar.

Sebelum berakhir, beliau sempat menandatangani potret penghargaan sebagai tanda kenangan yang akan ditempatkan di Perpustakaan Sri Kenyalang.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *