Dunia Timbalan Premier Sarawak Bincang Kepentingan Bersama Sarawak Dan Kalimantan Di Jakarta Indonesia

Timbalan Premier Sarawak Bincang Kepentingan Bersama Sarawak Dan Kalimantan Di Jakarta Indonesia

8

JAKARTA: Isu lintas sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, normalisasi perdagangan di sempadan Sarawak dan Kalimantan dan kepentingan untuk menaik taraf jalan raya untuk mempertingkatkan mobiliti penduduk antara kedua-dua wilayah merupakan antara intipati perbincangan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Kamar Dagang Indonesia di Jakarta pada Sabtu.

Katanya, beliau mengalu-alukan lebih banyak kerjasama antara perniagaan dari Kalimantan dan Sarawak serta isu berkenaan pemuliharaan alam sekitar.

Selain Datuk Amar Awang Tengah, delegasi Malaysia turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr. Johnity @ Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Sri Mustapha bin Mohamed, Utusan Khas BIMP-EAGA Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Ketua Menteri III/ Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Delegasi Malaysia turut menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Kepala Otorita Ibu Kota Nusantara Bapak Dhony Rahajoe. 

Previous articleKunjungan Delegasi Malaysia Ke Atas Timbalan Gubernor Kalimantan Timur Perkukuhkan Hubungan Sabah Dan Sarawak Dengan Kalimantan
Next articleAhli Parlimen Sri Aman keluar PSB, sokong kepimpinan Ismail Sabri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here