Tempatan Trend guru bersara awal meningkat di Sarawak

Trend guru bersara awal meningkat di Sarawak

2

KUCHING: Jumlah guru yang memilih untuk bersara awal di Sarawak dilihat meningkat sejak tiga tahun lepas, namun jumlah 490 guru itu mewakili kurang daripada satu peratus daripada jumlah guru yang berkhidmat di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata 138 guru memilih untuk bersara awal pada 2019, diikuti dengan 164 pada tahun 2020 dan 188 tahun lepas.

“Sebab utama persaraan awal mereka adalah kesihatan, ada yang telah mengajar selama lebih 30 tahun dan memutuskan untuk beralih ke bidang baharu, dan ada yang mahu memberi tumpuan kepada keluarga,” katanya dalam ucapan di sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata oleh kerana aspek pengambilan guru beradal dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM) kerajaan negeri telah mengemukakan beberapa syor dan cadangan kepada kementerian berkenaan, dan ada beberapa cadangan itu telah diterima oleh KPM.

“Sebagai contoh, pengambilan guru secara one-off pada 2021, yang menyaksikan 2,393 guru diambil untuk Sarawak, dengan 766 daripadanya adalah anak Sarawak,” katanya.-BERNAMA

Previous articleSarawak berjaya tarik pelaburan berjumlah RM23.17 bilion semasa pandemik COVID-19
Next articleIndustri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here