Tempatan

Tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan di Kampung Jemukan Sadong Jaya

SADONG JAYA: Seramai tujuh orang menjadi mangsa dalam kemalangan jalan raya tang melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Jemukan, Kampung Jemukan, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke pusat kesihatan terdekat.

“Lima orang mangsa telah dihantar ke pusat kesihatan terdekat dengan menggunakan kenderaan awam dan dua orang mangsa lagi dihantar menggunakan ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut katanya, pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.30 petang.

Setiba di lokasi, ujarnya, kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *