Tempatan

Tun Dr. Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat di Astana Negeri

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tengku Jaafar menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, di sini hari ini.

Kunjungan pertama adalah daripada delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia yang terdiri daripada seramai 15 ahli delegasi yang merupakan duta negara-negara Eropah ke Malaysia.

Kunjungan yang diketuai oleh Duta Besar EU ke Malaysia, TYT Michalis Rokas berkenaan adalah bagi menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr. Wan Junaidi di atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

Sejurus selepas itu, Tun Dr. Wan Junaidi turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agong Higher Committee of Human Fraternity (sebuah organisasi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), TYT Datuk Dr. Khalid Ghanim Al-Ghaith.

TYT Datuk Dr. Khalid Ghanim merupakan mantan Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia selama enam tahun bermula Febuari 2017 hingga 2023.

Kredit foto: JAPEN Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *