KUCHING: Rakyat Sarawak perlu terus kekal bersatu dalam keamanan dan keharmonian serta dapat meraikan perpaduan dalam kepelbagaian antara kaum.
Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ini kerana ia adalah aspirasi Kerajaan Sarawak agar semua rakyat akan terus macapai kemajuan secara menyeluruh
“Ia adalah kunci untuk mencapai kejayaan,” katanya dalam perutusan sempena Kemerdekaan Sarawak ke-60 yang dikeluarkan oleh Astana Negeri Sarawak pada Jumaat.
Tun Taib menambah, sambutan kemerdekaan kali ini adalah amat bermakna sebagai tanda kesyukuran serta memperingati usaha perjuangan rakyat Sarawak yang berterusan untuk membangunkan Sarawak yang dicintai.
Beliau amat yakin kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, Sarawak akan dapat mencapai matlamat sebagai sebuah wilayah maju menjelang 2030.
“Ini kerana kita telah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca-Covid 19 (PCDS 2030) yang komprehensif untuk memastikan Sarawak akan dapat terus maju dan makmur,” ujarnya.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/