Tempatan

Tun Taib pemimpin ulung Sarawak

KUCHING: Sarawak kehilangan seorang tokoh ulung dan negarawan, mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, Tun Taib yang telah memainkan peranan penting dalam membangun keharmonian dalam kalangan kepelbagaian etnik.

“Beliau adalah pemimpin yang meneguhkan asas perpaduan, pembangunan fizikal dan insaniah serta memperkasakan wanita di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fatimah turut mendoakan Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan memuliakan kematian seorang pemimpin yang telah memberi sumbangan besar kepada Sarawak.

Beliau juga menghulurkan salam takziah kepada keluarga Tun Taib khususnya Dato Hanifah Hajar Taib dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *