KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kini sedang berehat dan akan kembali ke Sarawak.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjelaskan, Tun Taib kini sedang berada dalam fasa pemulihan.
“Tun Pehin Sri Abdul Taib bercuti dan jatuh sakit di luar negara dan sekarang dalam fasa pemulihan.
“Tun Taib sekarang tengah berehat dan akan balik,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak di sini pada Khamis.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/