Dunia

Twitter berhentikan lebih 6,000 pekerja 

SAN FRANCISCO: Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja iaitu sekitar 80 peratus tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Elon Musk dalam temu bual dengan BBC, kelmarin.

Pengurangan tenaga kerja Twitter tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.

Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.

Syarikat itu mendakwa dalam ‘legal filing’ baru-baru ini bahawa “Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud”.

Berdasarkan ‘legal filing’, X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian.

Syarikat induknya ialah X Holdings Corp. – BERNAMA-Xinhua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *