Menarik Umat Islam akan berpuasa dua kali setahun pada 2030

Umat Islam akan berpuasa dua kali setahun pada 2030

13

RIYADH: Ahli Astronomi Arab Saudi, Khalied al-Zaqaq memaklumkan bulan Ramadan bagi 1451 dan 1452 Hijrah diramalkan jatuh pada tahun 2030 sekaligus menyaksikan umat Islam akan berpuasa dua kali setahun. 

Lapor AFP, hal ini boleh berlaku kerana kalender Hijrah Islam adalah berdasarkan kitaran bulan, berbeza dengan kalender Grogorian yang merujuk kepada perjalanan bumi mengelilingi matahari. 

Kali terakhir umat Islam berpuasa dua kali setahun adalah pada 1997 dan 1965. 

Dianggarkan fenomena ini berlaku sekali lagi pada tahun 2030 dan 2063. 

Pada tahun 1451 Hijrah, Ramadan akan bermula pada 5 Januari 2030 manakala tahun 1452 Hijrah akan bermula pada 26 Disember 2030. 

Hal ini akan menyaksikan umat Islam berpuasa selamsa 36 hari secara keseluruhan iaitu 30 hari pada 1451 Hijrah dan 6 hari untuk tahun 1452 Hijrah. -AFP

Previous articleRUU Antilompat Parti akan dibentang pada Persidangan DUN Sarawak
Next articlePencarum diminta kekal bersabar tunggu giliran pengeluaran khas KWSP
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here