Nasional

Umat Islam di Malaysia berpuasa mulai hari ini 

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa hari ini, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari ini, Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumumkan tarikh itu disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada semalam, 22 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Proses melihat anak bulan Ramadan telah berlangsung di 29 lokasi seluruh negara.-BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *