Nasional Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini

4

PETALING JAYA: Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai ini.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman malam ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat 1 Julai 2022 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masihi. Sekian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan. -UTUSAN ONLINE

Previous articleASNB isytihar pengagihan pendapatan ASB 3 Didik berjumlah RM300 juta
Next articlePolis rampas dadah bernilai RM37,419 di pusat hiburan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here