Tempatan

Umat Islam Malaysia mula puasa 12 Mac

KUCHING: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Selasa (12 Mac 2024), demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari berkenaan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Acara melihat anak bulan Ramadan telah diadakan di 29 buah lokasi di seluruh negara pada hari ini, 10 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *