Tempatan Unit Risikan Marin PPM W5 Bintulu tahan seorang lelaki sedang mengisi minyak...

Unit Risikan Marin PPM W5 Bintulu tahan seorang lelaki sedang mengisi minyak 993 liter

17

BINTULU: Sepasukan anggota yang diketuai seorang pegawai Kanan Polis dan 4 anggota URM PPM W5 Bintulu telah membuat pemeriksaan di kawasan stesen minyak.

Menurut kenyataan yang dimuat naik Pasukan Polis Marin Sarawak dalam laman facebooknya pada Ahad, seorang lelaki warga tempatan telah ditahan dan diperiksa bersama sebuah lori tangki yang diapit 3 buah lori tanah di stesen minyak tersebut.

“Ketika diperiksa, lelaki terbabit sedang melakukan urusan pengisian bahan api diesel dari pam stesen minyak ke tangki lori tersebut dengan muatan minyak mengandungi 993 liter cuba memindahkan barang kawalan tanpa kebenaran.

“Lori tangki minyak tersebut telah ditahan dan dibawa balik ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Semua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada pihak KPDNHEP Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. -SN

Previous articleSudah tiba masa Liga-M guna VAR
Next articleProduk Kinder Egg Britain ditarik balik, punca jangkitan bakteria Salmonella
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here