Tempatan

Usaha PEMADAM Sarawak berhasil turunkan jumlah murid sekolah positif dadah

KUCHING: Usaha Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak menjalankan program pendidikan bagi memastikan murid sekolah bebas dadah telah memberikan impak positif yang ketara.

Pengerusi PEMADAM Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasil daripada kempen dan program yang berterusan, data murid positif ujian urin telah menunjukkan penurunan dari tahun 2019 hingga 2022.

“Pada tahun 2023, hanya 14 orang murid positif urin berbanding 2022 sebanyak 116 orang.

“Syukur dan syabas diucapkan kepada Biro Pendidikan Pencegahan PEMADAM Negeri,” katanya semasa berucap dalam mesyuarat penyelarasan PEMADAM Negeri Sarawak di sini pada Isnin.

Karim juga memberitahu, Biro Pendidikan PEMADAM yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad telah menjalankan peranan yang sangat baik.

Selain itu, beliau menambah, PEMADAM Negeri Sarawak juga telah pun membekalkan semua sekolah di Sarawak dengan lima helai poster kesedaran bahaya dadah untuk diletakkan di sekolah-sekolah.

Menurutnya, ia merupakan satu lagi usaha PEMADAM untuk menyampaikan mesej kepada murid-murid mengenai bahaya dadah.

“Poster ini telah disampaikan semasa sesi simbolik penyerahan 10 Ogos  yang lalu,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu turut memaklumkan bahawa Kelab Mahasiswa PEMADAM di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu dan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut terlibat aktif menjadi duta bagi PEMADAM menyampaikan mesej bahaya dadah kepada mahasiswa dan mahasiswi serta warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *