KOTA SAMARAHAN: Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah mengalihkan 44 biji telur buaya di Kampung Meranek di sini pada Selasa.
Ini selepas penemuan sarang buaya beserta telur.
SFC menerusi hantaran di laman Facebook berkata, SFC telah berjaya mengalihkan telur tersebut ke tempat yang selamat.
“Semasa proses pengalihan, drone digunakan bagi memastikan keselamatan semua yang terlibat dalam operasi tersebut.
“Semasa musim bersarang, buaya betina boleh menjadi agresif terutama dalam mempertahankan sarangnya,” katanya.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan terus melaporkan kepada SFC sekiranya menemui sarang buaya.