Tempatan

Wan Junaidi penerima kelima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak, bawa gelaran Pehin Sri

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) yang merupakan darjah kebesaran negeri tertinggi di negeri Sarawak.

Tun Dr. Wan Junaidi adalah penerima kelima darjah tersebut yang membawa gelaran ‘Pehin Sri’ kepada yang mana sebelum ini Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Tun Pehin Sri Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem merupakan penerima darjah yang sama.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyampaikan pingat darjah kebesaran berkenaan dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak.

Tun Dr Wan Junaidi telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa pada 26 Januari 2024 bagi menggantikan menggantikan Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang tamat perkhidmatan pada 25 Januari 2024 sekaligus dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SSM) iaitu penghormatan tertinggi negara yang membawa gelaran “Tun”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *