Nasional Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik –...

Wan Saiful gunakan PTPTN sebagai alat promosi diri dan agenda politik – Johan Jaaffar

3

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menyanggah kenyataan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa badan itu telah “dipolitikkan” oleh individu tertentu.

Malah Johan mendakwa PTPTN tidak pernah dipolitikkan oleh mana-mana pengerusi sebelum ini seperti yang dilakukan Wan Saiful dalam masa empat tahun memegang jawatan tersebut.

“Saya juga kesal kenyataan beliau bahawa PTPTN telah “dipolitikkan” oleh individu tertentu.

“Pada pandangan saya, PTPTN tidak pernah dipolitikkan sedemikian rupa oleh mana-mana Pengerusi sebelum ini seperti yang beliau lakukan dalam masa empat tahun beliau di situ.

“Dalam banyak hal, beliau sendiri menggunakan PTPTN tidak lebih sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda polititiknya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Dalam kenyataan itu juga Johan menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Saiful sebagai gendang kosong yang dipalu.

Beliau menganggap kenyataan Wan Saiful berhubung sumbangannya selaku pengerusi PTPTN selama empat tahun menampakkan keangkuhannya yang tidak bertempat.

Johan juga mendakwa, beliau meletak jawatan sebagai lembaga pengarah PTPTN setelah hanya sekali menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Saiful.

“Saya berpendapat bahawa beliau tidak memahami budaya PTPTN dan lebih buruk lagi tidak menghargai sumbangan lembaga pengarah PTPTN sebelum itu.

“Beliau terlupa bahawa prestasi paling cemerlang bagi PTPTN adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi.

“Pasukan petugas PTPTN dengan bimbingan ahli lembaga pengarahnya telah memberikan perhatian pada semua perkara yang didakwanya hasil kerja beliau.

“Ini termasuklah penekanan pada tabungan dan langkah-langkah proaktif mendapatkan kembali hutang dari pemimjam.

“Malah PTPTN mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada tahun 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion,” katanya.

Menurut Johan, beliau berbangga berkhidmat bersama ahli lembaga pengarah serta Pengerusi PTPTN sebelum 2018, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, biarpun Dr Shamsul Anuar merupakan lantikan politik, tetapi menampakkan sikap profesionalisme yang tinggi dan komitmen yang luar biasa.-ASTRO AWANI

Previous articleMalaysia muncul juara bawah 19 tahun AFF 2022
Next articleTiada kes cacar monyet dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi – Khairy
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here