Tempatan Wanita PBB mahu Abang Jo terus pimpin parti dan GPS

Wanita PBB mahu Abang Jo terus pimpin parti dan GPS

7

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu jawatan tertinggi parti itu termasuk Presiden tidak dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Tritahunan yang akan bermula 17 Jun ini.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana Wanita PBB mahu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus memimpin PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“PBB merupakan tunjang kepada GPS, kita mahu beliau kekal sebagai Pengerusi malahan berharap agar jawatan tertinggi lain juga tidak akan dipertandingkan,” katanya dalam sidang media di pejabat kementeriannya di Bangunan Baitul Makmur II pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, beliau berharap jawatan Ketua Wanita, jawatan tertinggi lain termasuk Ketua Pemuda juga tidak akan dipertandingkan pada perhimpunan kali ini.

Ditanya faktor beliau ‘tidak mahu’ melihat wujudnya pertandingan, Fatimah berkata ini kerana mereka mahu melihat PBB terus kuat.

“Kita mahu beliau terus memimpin parti PBB sebab ini yang diperlukan untuk mencapai objektif negeri maju 2030 menerusi pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kita mahu kerajaan yang stabil untuk memimpin,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengesahkan Jawatan Ketua Wanita PBB tidak akan dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Tritahunan parti itu.

Malah, bukan sahaja pergerakan wanita, jawatan tertinggi bagi Badan Induk dan Pemuda juga tidak akan dipertandingkan, jelas Fatimah lagi.

Perhimpunan Agung Tritahunan PBB akan berlangsung pada 17 hingga 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleHukuman mati masih ada tapi hakim diberi pilihan guna budi bicara: PM
Next articleThailand benarkan ganja ditanam di rumah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here