Tempatan Warga emas sesat dalam hutan selamat ditemui

Warga emas sesat dalam hutan selamat ditemui

7

KUCHING: Seorang warga emas yang dilaporkan sesat dalam hutan berdekatan perumahan mesra rakyat di kawasan Pembesaran Kampung Bersepadu Jeng Gallas Bekenu ditemukan selamat pagi ini.

Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, warga emas tersebut, Addul Rani Lakim, 72, dikatakan masuk ke hutan tersebut dalam keadaan tidak berpakaian sekitar jam 6 petang pada Ahad.

Setelah mendapati mangsa tidak pulang ke rumah, adiknya, Shapiee Lakim bersama penduduk kampung membuat pencarian pada malam tersebut namun mangsa gagal dijumpai.

Setelah mendapatkan maklumat daripada saksi kejadian pasukan operasi diketuai Komander Operasi, PBT II Rary Binjie terus membuat pencarian bersama penduduk kampung dan pasukan Rela.

Pencarian dibuat dalam radius 1 kilometer dan mangsa telah ditemui sekitar 200 meter dari lokasi perumahan di mana mangsa mula dilihat masuk ke hutan pada jam 10:20 pagi ini.

Mangsa dijumpai dalam keadaan baik dan diserahkan kepada adik beliau.

Operasi SAR diistiharkan tamat sepenuhnya jam 10:20 pagi. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleTelur, daging ayam cukup: Datuk Seri Alexander
Next articleRogol 31 murid, pengasas sekolah tahfiz jatuhi hukuman mati
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here