Tempatan

WARIS, SAHABAT lapor polis berhubung video ‘Bozz Jebat’ hina Premier Sarawak

KUCHING: Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) dan Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak (Sahabat) telah mengambil tindakan membuat laporan susulan bekas Ahli UMNO Zool Amali Hussin, atau ‘Bozz Jebat’, atas kenyataan menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Pengerusi WARIS, Alizan Mohammed, dan Timbalan Pengerusi II SAHABAT, Mohamad Redzuan Latip Usop, telah memimpin proses membuat laporan di Balai Polis Gita hari ini.

Alizan mengecam tindakan ‘Bozz Jebat’ itu dan mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami tidak berpuas hati dan membuat laporan agar tindakan diambil,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat lapran berkenaan.

Redzuan pula menekankan bahawa sebagai anak jati Sarawak, mereka merasa marah dengan kebiadapan ‘Bozz Jebat’ yang menghina Premier Sarawak yang dianggap sebagai figura bapa dalam negeri ini.

“Kami anak jati Sarawak, apabila pemimpin kami dihina , kami memang marah.

“Premier Sarawak ibarat bapa kita di negeri ini, kami sayang dengan Premier.

“Oleh itu, kami sebagai badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan agar tindakan dapat dikenakan kepada individu berkenaan.

“Kita mahu pelaku dikena tindakan sewajarnya,” tegasnya.

Difahamkan, gabungan-gabungan lain di seluruh Sarawak turut mengambil langkah serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *