Menarik Tempatan

Warna warni pakaian, persembahan kontinjen ’Kuching Street Parade’ meriahkan bandaraya Kuching

KUCHING: Bandaraya Kuching telah dimeriahkan dengan persembahan dan warna-warni kontinjen ’Kuching Street Parade’ atau Perarakan Jalanan Kuching yang diadakan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada Sabtu.

Perarakan yang melibatkan sebanyak 60 kontinjen itu menyaksikan penampilan pelbagai idea pakaian yang berwarna warni serta persembahan kontinjen masing-masing.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada empat kontinjen antarabangsa, enam kumpulan pancaragam, 10 sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), 20 kontinjen komuniti dan 20 kontinjen terbuka.

‘Kuching Street Parade’ kali ini bermula di Pusat Komersial Travillion dan melalui Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Hotel Hilton serta kemudiannya berakhir di Jalan Tun Abang Haji Openg iaitu melalui Pejabat Pos Kuching dan Plaza Merdeka.

Perarakan yang bermula kira-kira jam 8 malam itu turut dihadiri dan disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Selain perarakan, turut diadakan ’pocket show’, ’food truck’, serta pertunjukan bunga api untuk para pengunjung yang datang.

Bukan sahaja di Kuching, perarakan jalanan seperti ini juga akan diadakan di Sibu pada 12 Ogos dan Miri pada 19 Ogos depan.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *