Tempatan

Waspada ‘scam call’ menyamar sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia

KUCHING: CyberSecurity Malaysia mengesa orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran yang dibuat melalui panggilan telefon sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, CyberSecurity Malaysia menafikan membuat sebarang panggilan telefon seperti yang didakwa.

“CyberSecurity Malaysia juga ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak menghantar mesej pesanan ringkas melalui SMS, Whatsapp atau mana-mana platform media sosial dan juga e-mel,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan kepada CyberSecurity Malaysia melalui cyber999@cybersecurity.my sekiranya menghadapi situasi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *