Tempatan

Waspada varian baharu Omicron: Dr David Perera

KUCHING: Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko peningkatan penularan sub varian BA.2 Omicron yang 30 peratus lebih mudah menjangkiti.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Unimas, Dr David Perera berkata, ini kerana BA.2 Omicron tersebut kini dikenal pasti sebagai varian dominan di Sarawak menggantikan varian asal, BA.1.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini juga telah menunjukkan bahawa varian BA.2 ini adalah 30 peratus lebih mudah berjangkit daripada BA.1 asal,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laporan terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sabtu.

“Menariknya, sepanjang minggu terakhir Februari, subketurunan BA.2 mewakili lebih 90 peratus daripada semua sampel yang dijujukan pada minggu itu.

“Ini menunjukkan BA.2 kini telah menggantikan BA.1 Omicron sebagai varian yang mendominasi jangkitan dan kes positif Covid-19 di Sarawak,” ujarnya.

Tegasnya, memandangkan orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko penularan dalam komuniti yang semakin meningkat.

“Mereka harus mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak dengan segera jika belum berbuat demikian,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, katanya  daripada sebanyak 686 sampel kes positif Covid-19 yang telah ambil oleh IHCM untuk tempoh dari 11 Januari hingga 28 Februari lallu, semuanya dikesan sebagai BA.1.1 529 Omicron.

“Sampel ini mewakili kes positif yang diperoleh di seluruh negeri,” katanya.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut terdapat beberapa sub keturunan varian yang 16 kes merupakan BA.1, manakala 339 kes adalah BA. 1.1 dan 331 kes adalah BA.2.

Pada bulan lalu, WHO memaklumkan sub varian BA.2 Omicron memberi kesan jangkitan yang sama dengan varial asal, BA.1 berdasarkan sampel Covid-19 yang diperoleh dari pelbagai negara.

Tiada perbezaan kesan jangkitan, tetapi BA.2 didapati lebih cepat merebak. Kesan jangkitannya pula adalah sama kerana ia berkaitan dengan risiko kemasukan ke hospital.

Ini sangat penting kerana BA.1 dan BA.2 tersebar sama banyak di kebanyakan negara. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *