Tempatan

Weststar Aviation tawar kerjasama dengan Sarawak, latih juruterbang helikopter

KUCHING: Syarikat perkhidmatan penerbangan terkemuka, Weststar Aviation Services Sdn Bhd berminat untuk melatih penduduk Sarawak dalam industri penerbangan helikopter.

Ia dijelaskan Pemilik Weststar, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kuching pada Khamis.

Menurut Tan Sri Dr. Syed Azman, apabila penduduk Sarawak sudah terlatih dalam mengendalikan penerbangan helikopter, ia akan membuka peluang kepada Sarawak untuk mengambil alih industri berkenaan.

Katanya, kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri juga bertujuan membincangkan mengenai usaha sama Weststar dan Hornbill Skyways dalam memperluaskan perkhidmatan pengangkutan helikopter di Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain yang turut hadir dalam kunjungan hormat itu berkata cadangan pihak Weststar itu menarik malah bertepatan dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju pada 2030.

Katanya, pihak SEDC akan mempertimbangkan cadangan yang dibentangkan Weststar ke atas Ketua Menteri.

Untuk rekod, Weststar Aviation Services merupakan salah satu peneraju global dalam perkhidmatan penerbangan helikopter luar pesisir yang telah memberi perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan minyak dan gas domestik serta multinasional sejak 2003.- SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *