Tempatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Sarawak dalam rangka...

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Sarawak dalam rangka lawatan dua hari

4

KUCHING, 21 April 2022: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Khamis.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua disambut Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 12:05 tengah hari. 

Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka berdua adalah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Jumaa’ni Tun Tuanku Bujang.

Seri Paduka berdua dijangka berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan Satok pada sebelah petang ini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri, Kuching.-SN

Previous articleBekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia
Next articleMBKS cadang kuatkuasa larangan penyedut minuman plastik dan polisterin Julai depan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here