KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Melaka setelah menyempurnakan lawatan rasmi selama dua hari ke Sarawak pada Jumaat.
Kebarangkatan tiba Seri Paduka baginda berdua ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar dan menteri-menteri kabinet Sarawak.