Tempatan

1,048 rumah panjang terima manfaat Skim Pinjaman Rumah Panjang

KUCHING: Sebanyak 1,048 rumah panjang atau 23,038 pintu rumah panjang di Sarawak telah menerima manfaat daripada Skim Pinjaman Rumah Panjang sejak mula dilaksanakan pada tahun 1978 hingga hari ini.  

Menurut Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM431.28 juta di mana RM231.28 daripada kerajaan Persekutuan dan RM200 juta daripada kerajaan Sarawak.

“Sehingga kini, di bawah pembiayaan Kerajaan Sarawak, sejumlah RM139.08 juta telah diagihkan, yang memberi manfaat kepada 216 rumah panjang terdiri daripada 4,688 pintu.

“Pada tahun 2023, 63 rumah panjang yang terdiri daripada 1,299 pintu telah diluluskan dan menunggu pembayaran.

“Pada masa ini, terdapat 261 rumah panjang yang terdiri daripada 5,150 pintu dalam senarai menunggu,” kata Dr Sim dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Selasa. 

Beliau menambah, kerajaan Sarawak mula membiayai pinjaman rumah panjang pada setiap tahun bermula 2020 disebabkan peruntukan kerajaan Persekutuan adalah terhad. 

Ia dilaksanakan kerajaan Sarawak dengan memperuntukan RM50 juta setahun untuk rumah panjang bagi mentransformasi penempatan yang selesa di kawasan luar bandar. 

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memaklumkan setakat 3 Mac 2023, terdapat empat rumah panjang yang terdiri daripada 53 pintu di kawasan DUN Engkilili telah diluluskan permohonan pinjaman rumah panjang oleh Jawatankuasa Pemilihan Rumah Panjang.

Jelasnya, permohonan pinjaman rumah panjang hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), lengkap dengan dokumentasi yang diperlukan untuk diproses.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *