Tempatan

Bentuk ART hidrogen Sarawak akan diubah lebih aerodinamik dan moden

KOTA SAMARAHAN: Bentuk Transit Aliran Autonomi (ART) Sarawak yang berkuasa hidrogen akan diubah dengan lebih aerodinamik dan moden.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, cadangan reka bentuk telah disediakan dan akan dipilih setelah proses penilaian.

“Selepas ujian pembuktian konsep (POC) ini, kita juga ingin minta mereka ubah sedikit bentuknya.

“Kita telah menyediakannya dan kita akan pilih. Ini bukan yang terakhir, ini hanya POC yang kita cuba. Mungkin ada ubah sedikit dia punya bentuk, lebih aerodinamik sedikit dan moden,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai melakukan lawatan dan menaiki ART berkenaan di Kuching-Samarahan Expressway pada Rabu.

Menjelas lanjut, Lee memberitahu, data maklum balas daripada POC yang telah dikumpul dan cadangan ubahsuai akan dihantar kepada pihak pengilang di China pada hujung bulan ini.

“Hujung bulan ini, semua data dan maklumbalas yang telah dikumpul serta apa yang perlu diubahsuaikan atau ditukar kita akan sediakan serta hantar kepada kilang yang membuat ART ini,” tambah beliau.

Menurut Lee, setakat ini, ART tersebut telah diuji sepanjang lebih 6,000 kilometer (KM) dan lebih 2,500 orang sudah merasai sendiri menaiki ART itu.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *