KUCHING: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung Ahad lepas merupakan julung kalinya diadakan.
Menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak Datuk Snowdan Lawan, pertemuan yang melibatkan pemimpin 19 parti politik itu menjadi titik permulaan kepada Malaysia Baharu dalam konteks sebenar.
Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini mampu membina negara yang lebih kukuh dan memanfaatkan rakyat.
“Pihak lawan sudah jadi kawan sekarang ini dan itu yang kita mahukan,” katanya ketika ditemui selepas hadir sesi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, pada Isnin.
Mengenai pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS), Snowdan memberitahu pentingnya negara mempunyai kerajaan yang stabil dan kukuh.
“Itulah yang ditegaskan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam malah beliau turut menekankan pembangunan yang sama rata.
“Kita tidak mahu kerajaan kerap bertukar kerana ini akan menganggu ekonomi negara,” katanya.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news