Politik

Henti serang Anwar, sebaliknya pembangkang digesa jalin hubungan baik dengan kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang perlu segera menghentikan serangan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Perpaduan. 

Sebaliknya, tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, berusahalah menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan urusan Pentadbiran dan memajukan negara berjalan lancar. 

“Anwar sudah berkali-kali menyatakan kesediaan beliau untuk berbuat demikian, tinggal lagi pemimpin pembangkang perlulah datang berunding mengenainya. 

“Inilah yang telah dilakukan Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang, di mana beliau datang berunding dengan Perdana Menteri waktu itu (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan hasilnya termeterailah MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan (ketika itu) dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya pada Selasa. 

Tambah Mohamad Agus lagi, tindakan Anwar ketika itu adalah contoh pembangkang yang konstruktif dan mempunyai agenda yang baik sehingga ke arah transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Beliau juga percaya Anwar komited mahu mewujudkan tat kelola baik dalam membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, mendakwa tanpa memilih bulu, membela kemiskinan serta mengangkat kemanusian. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *